Pinjaman Bank Rakyat | Pakej Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat

Pembiayaan Peribadi-i Awam (Rakan Pintar)

pinjaman bank rakyat

Pembiayaan Peribadi-i Awam (Rakan Pintar) Bank Rakyat merupakan produk istimewa yang direka khas untuk kakitangan Awam dan syarikat GLC terpilih yang mana ia menawarkan kadar keuntungan rendah dengan manfaat istimewa.

 

Konsep Syariah

  • Tawarruq

Ciri – Ciri

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Pembiayaan sehingga 35 kali gaji kasar bulanan
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan 

Kelayakan Pinjaman Bank Rakyat

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan MyKad / MyTentera.
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji).
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada dokumen berikut, Surat Pengesahan Majikan dan Borang EA 

Cara Pembayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat

Faedah Yang Diperolehi

  • Keahlian percuma untuk Premium Banking.
  • Pulangan tunai RM0.50 untuk transaksi MEPS dan Tabung Haji di mesin ATM

Fi & Caj

Duti Setem :

0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.
Nota: Anda dinasihatkan untuk mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank.

Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewat :

  • Ketika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak
  • Selepas tamat tempoh pembiayaan: Berdasarkan kadar semasa Pasaran Wang Antara Bank secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.